Idea ini timbul susulan beberapa insiden kelarian, membakar blok penempatan, rusuhan di depot-depot tahanan berkenaan. Berteraskan kepada konsep 'self custody' dalam pengurusan banduan telah meyakinkan Kementerian Dalam Negeri akan kebolehan Jabatan Penjara menguruskan tahanan PATI secara profesional.
Respon dari saranan itu, pada 11 Mac 2002, Ketua Pengarah Penjara telah membentangkan Kertas Konsep Cadangan Pengambilalihan Depot-Depot Imigresen berkenaan di KDN. Hasilnya Kerajaan bersetuju supaya Jabatan Penjara mengambilalih 11 buah Depot Imigresen di seluruh negara kecuali Depot Imigresen KLIA dan Depot Imigresen di bawah jagaan Pasukan Petugas Khas Persekutuan (BKN) di negeri Sabah.
Pengambilan dibuat secara berperingkat mulai 1 Jun 2002 sehingga 12 Disember 2005. Penyerahan kembali juga dilakukan secara berperingkat di seluruh negara sehingga bulan Mac 2008 bermula dengan depot PATI Semenyih pada 15 Januari 2008 dan berakhir dengan penyerahan Depot PATI Semuja.
Sudah pasti dengan penyerahan semula depot-depot tahanan PATI kepada Jabatan Imegresen akan memberikan peluang dan ruang masa kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelaksanaan sistem parol iaitu satu sistem dan kefungsian baru Jabatan Penjara Malaysia yang dijangkakan mula dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Urusan pengambilalihan dan penyerahan kembali Depot Tahanan PATI:
- Ajil, Terengganu 1 Jun 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 7 Mac 2008
- Tanah Merah, Kelantan 1 Oktober 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 3 Mac 2008
- Belantik, Kedah 1 Oktober 2002: Diserah kembali kepada JIM pada 24 Feb. 2008
- Juru, Pulau Pinang 16 September 2003: Diserah kembali kepada JIM pada 28 Feb. 2008
- Semuja, Sarawak 16 Februari 2004:
- Langkap, Perak 1 Mac 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 5 Feb. 2008
- Semenyih, Selangor 20 Mei 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Jan. 2008
- Pekan Nenas, Johor 5 Julai 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Jan. 2008
- Machap Umboo, Melaka 19 Julai 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 19 Feb. 2008
- Lenggeng, Negeri Sembilan 12 Ogos 2004: Diserah kembali kepada JIM pada 29 Jan. 2008
- Kemayan, Pahang 12 Disember 2005: Diserah kembali kepada JIM pada 15 Feb. 2008
**Urusan pengambilalihan Depot PATI tidak termasuk Pusat Tahanan (PTS) di Sabah, kerana ia di bawah pengurusan dan pentadbiran BKN/JPM. ""